Bulan April setiap
tahun merupakan bulan istimewa buat para setiausaha yang merupakan antara
tulang belakang kepada sesebuah jabatan atau institusi. Minggu Setiausaha
merupakan acara tahunan yang sering mendapat perhatian dari pelbagai kerana
sambutan hebat yang sering dijalankan khas buat mereka yang bergelar
setiausaha.
Setiausaha
adalah individu terpilih yang amat dipercayai oleh seseorang ketua. Justeru
itu, keperibadian setiausaha adalah didasarkan kepada tanggungjawab utama iaitu
untuk menguruskan segala perlakuan dan perkataan ke arah kerja sebagai suatu
ibadah dan pengabdian kepada Allah SWT. Itulah ciri-ciri seorang setiausaha
menurut perspektif Islam.
Berbicara mengenai
setiausaha, ramai sedia maklum bahawa setiausaha adalah individu yang paling
hampir dengan ketua sesebuah organisasi. Setiausaha merupakan orang yang paling
dipercayai oleh ketua organisasi dan sudah tentu tanggungjawab dan amanahnya
amat besar. Setiap setiausaha perlu mengetahui bahawa mereka memegang amanah
yang besar yang akan menentukan kecemerlangan ketua organisasi.
Bersempena minggu
Setiausaha ini juga pelbagai kursus dan bengkel yang ditawarkan oleh pelbagai
pihak untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan seseorang setiausaha dan
seterusnya dapat meningkatkan lagi mutu sesebuah jabatan atau organisasi.
Diantara kursus dan
bengkel yang dianjurkan bertujuan meraikan setiausaha :



Tiada ulasan:
Catat Ulasan