"FIRST CLASS SECRETARY CAN MAKE AN AVERAGE MANAGER LOOK GOOD, BUT AN AVERAGE SECRETARY CAN MAKE A FIRST CLASS MANAGER LOOK AVERAGE"


Rabu, 1 April 2009

Perlawanan Boling Piala Pusingan Pengerusi LPU 2009

Perlawanan Boling Piala Pusingan Pengerusi LPU 2009 merupakan aktiviti tahunan Kelab Setiausaha USIM (KSU). Objektif penganjuran aktiviti ini adalah mengeratkan jalinan ukhwah antara ahli KSU dan kakitangan USIM. Ianya juga dianjur bagi mewujudkan semangat kesukanan dan aktiviti riadah yang sihat. Aktiviti ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh warga USIM.















Aktiviti pada tahun ini telah berjaya diadakan pada 28 Mac 2009 (Sabtu) bertempat di Plaza Metropoint Kajang, Selangor. Ia bermula pada pukul 2.00 hingga 5.00 petang. Sebanyak 11 kumpulan telah menyertai aktiviti ini iaitu Medic Team A, Oopet, Rasukan Ablasa, De Minimis Gurlz, Band of Bowlers, Mantop KSU, Shooter Strike, Celagi, Medic Team B, Rona Roni Kroni dan Vroom.

Keputusan rasmi Perlawanan Boling Piala Pusingan Pengerusi LPU 2009 adalah seperti berikut:

PEMAIN TERBAIK KESELURUHAN:

Pemain Terbaik Wanita:
Khairiah Mat Tamat (Kumpulan De Minimis Gurlz)
Hadiah: Voucher Spa RM350

Pemain Terbaik Lelaki:
Jalaludin Abd. Samad (Kumpulan Medic Team A)
Hadiah: Voucher Spa RM350
















Johan: KUMPULAN MEDIC TEAM A (FPSK)
Jatuhan Pin: 1610
Hadiah: Piala Pusingan, Medal, Hadiah Iringan, Voucher Spa bernilai RM150 setiap seorang.
















Naib Johan: KUMPULAN OOPET (PPITM)
Jatuhan Pin: 1494
Hadiah: Medal, Hamper, Hadiah Iringan.
















Ketiga: KUMPULAN RASUKAN ABLASA (FST)
Jatuhan Pin: 1457
Hadiah: Hamper, Medal, Hadiah Iringan.

Kelab Setiausaha USIM ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang serta merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada kakitangan dan pelajar USIM yang turut serta dalam perlawanan kali ini. Tidak dilupakan juga kepada semua AJK yang telah bertungkus-lumus menjayakan aktiviti ini serta para penaja hadiah utama. Semoga kita berjumpa lagi pada di tahun hadapan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari kekurangan pihak Kelab Setiausaha USIM sendiri. Wassalam.






1 ulasan:

yanizan berkata...

yeh yeh ... aku yg first !!!

eleh, yg Pengerusi tur men boling ke tengok je...wakakakakak!!!!