"FIRST CLASS SECRETARY CAN MAKE AN AVERAGE MANAGER LOOK GOOD, BUT AN AVERAGE SECRETARY CAN MAKE A FIRST CLASS MANAGER LOOK AVERAGE"


Ahad, 29 Mac 2009

LATAR BELAKANG KSU

Kelab Setiausaha KUIM (KSK) telah ditubuhkan secara rasmi pada 6 Ogos 2002. Majlis Pelancaran kelab telah diadakan pada 1 November 2002 dan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor merangkap Penaung kelab.

Selaras dengan pertukaran nama KUIM ke USIM pada 1 Februari 2007, kelab juga telah mengambil inisiatif untuk menukar nama kelab agar bersesuaian dengan nama baru USIM. Nama yang dipilih adalah Kelab Setiausaha USIM (KSU).

Berpegang kepada moto "Profesional Progresif Produktif," KSU berazam melahirkan Setiausaha yang profesional, berdaya saing dan berpandangan jauh dalam melaksanakan amanah yang diberikan bagi sama-sama berusaha mencapai objektif dan kecemerlangan USIM.

Tiada ulasan: