Majlis dimulakan dengan sesi fotografi antara ahli KSU dengan semua Ketua Jabatan. Memang telah dijadualkan agar sesi ini diadakan di awal bagi memastikan keceriaan lebih terpancar dengan sinaran tatarias wajah yang masih segar tanpa dicomoti makanan enak yang bakal dihidangkan.
Kemudian juruacara majlis yang telah diamanahkan memulakan majlis dengan beberapa kerat pantun hasil nukilan dirinya. Amat menarik perhatian jemputan dengan bait-bait yang memberi banyak pengertian dan ada juga yang melucukan. Sebagai tanda tuan rumah, Pengerusi KSU telah diminta untuk memberi aluan ringkas. Dalam aluan ini, banyak maklumat disampaikan secara tersurat dan tersirat. Antara yang dimaklumkan adalah pertukaran gred baru yang mana kini secara rasminya kami bergelar Setiausaha Pejabat (N27 & N28), kelulusan lawatan ke UMS dan juga beberapa nasihat untuk ahli dalam usaha meningkatkan kemajuan kerjaya dalam membantu USIM agar terus maju dan maju.
Pengerusi KSU penggal 2008/2010
Tidak lengkap rasanya jika majlis ini tidak memberi ruang kepada Penasihat KSU berbicara. Dalam ucapan ringkas berselang seli gurauan, Pendaftar merangkap Penasihat, terdapat banyak maklumat dan nasihat yang telah disampaikan. Sesungguhnya ucapan ringkas itu memberi sedikit sebanyak impak kepada kami semua demi kemajuan kerjaya kami. Kemudian, giliran Penaung KSU pula memberi nasihat. Dalam ucapan Y,Bhg. Dato’ NC juga diselitkan dengan nasihat yang memberi dorongan kepada kami untuk lebih efisien dalam menjalankan tugas di USIM.
Penaung KSU
Penasihat KSU
Setelah itu aktiviti menjamu selera bermula. Masa inilah masa yang amat ditunggu-tunggu. Disamping menjamu selera, majlis diisi dengan aktiviti sampingan. Acara ini diketuai oleh Puan Yanee kita. Dalam sesi ini, ketua-ketua jabatan ditanyakan pendapat mengenai setiausaha masing-masing dan bermacam-macam pendapat diberikan. Dan disini jugalah kami rasakan hubungan rakan sekerja lebih dieratkan dengan ketua jabatan. Para setiausaha pula diajukan soalan khas mengenai ketua jabatan mereka. Walaupun soalan agak sukar, tetapi kesemua setiausaha dapat menjawab dengan tenang.Penaung KSU
Penasihat KSU
Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah. Penerima anugerah pada tahun ini adalah seperti berikut:
Anugerah Setiausaha Pilihan
Puan Rose Ahmad
Anugerah Sehati Bekerja
Dekan FPSK & Puan Siti K
Tahniah diucapkan.
Acara yang lebih menarik adalah meneka gula-gula di dalam balang. Acara ini telah dimenangi oleh Y.Bhg. Dato’ NC dengan tekaan yang hampir iaitu 190 biji gula-gula yang mana jawapan sebenarnya adalah 193 biji gula-gula. Beliau membawa pulang balang gula-gula tersebut. Manakala ketua jabatan lain tidak pulang dengan tangan kosong. Sebagai tanda terima kasih, semua setiausaha telah memberi hadiah kepada ketua jabatan masing-masing.
Terima kasih semua atas kerjasama yang diberikan.
Gambar-gambar lain bagi majlis ini boleh dilayari di: e-galeri USIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan