"FIRST CLASS SECRETARY CAN MAKE AN AVERAGE MANAGER LOOK GOOD, BUT AN AVERAGE SECRETARY CAN MAKE A FIRST CLASS MANAGER LOOK AVERAGE"


Rabu, 11 Ogos 2010

KURSUS KEMAHIRAN MENAIP

Pada 8 hingga 10 Jun 2010 yang lalu, Kelab Setiausaha USIM dan Unit Latihan USIM dengan kerjasama Politeknik Port Dickson telah berjaya mengadakan Kursus Kemahiran Menaip. Kursus ini disertai oleh Pembantu Tadbir (P/O) USIM dan juga beberapa orang setiausaha di USIM.

Kursus ini banyak membantu para peserta meningkatkan kemahiran menaip mengikut cara yang betul. Para peserta yang mengikuti kursus ini amat berpuas hati dan memberi maklum balas yang baik. Kursus ini dicadangkan diadakan lagi selepas ini.

Kelab Setiausaha USIM merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Latihan USIM dan juga Politeknik Port Dickson yang sudi membantu dalam menjayakan program ini. InsyaAllah KSU akan terus membantu dalam melaksanakan program ini pada masa akan datang demi kemajuan kerjaya staf di USIM yang amat dicintai.


















1 ulasan:

ayam kampung berkata...

macam knl jew encik yg mngajar uw...x silap encik ashri..my best lecterer....:-)