"FIRST CLASS SECRETARY CAN MAKE AN AVERAGE MANAGER LOOK GOOD, BUT AN AVERAGE SECRETARY CAN MAKE A FIRST CLASS MANAGER LOOK AVERAGE"


Khamis, 28 April 2011

Kunjungan Balas Persatuan Setiausaha (PESETIA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke USIM

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Dari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi

Kelab Setiausaha USIM telah menerima kunjungan balas daripada Persatuan Setiausaha Universiti Malaysia Sabah pada 28 April 2011 (Khamis).  Ini adalah susulan daripada lawatan Kelab Setiausaha ke UMS pada 21 hingga 23 Oktober 2010 yang lalu.  Juga merupakan medium terbaik untuk bertukar pandangan dan berkongsi idea, selain untuk mengeratkan lagi jalinan sedia ada di antara Setiausaha Pejabat USIM dan UMS.

Pelbagai atur cara telah diadakan sepanjang rombongan tersebut berada di USIM.  Lebih mansi lagi apabila mendapat kunjungan daripada Pendaftar USIM.  Beliau amat mengalu-alukan kehadiran Persatuan Setiausaha Universiti Malaysia Sabah.  Harapan beliau agar jalinan yang sedia terjalin ini akan dieratkan lagi.

Di akhir pertemuan, ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti telah berbesar hati untuk merakamkan detik-detik manis buat tatapan semua.

























Tiada ulasan: