Kelab
Setiausaha USIM ( KSU ) telah mengadakan satu Majlis bersempena sambutan Hari
Raya 2013 pada 30 Ogos 2013 ( Jumaat ). Majlis ini bertujuan meraikan Sambutan
Hari Raya Aidilfitri diantara semua setiausaha dan Ketua Jabatan ( merangkap
Bos ) masing-masing.
Majlis
ini bermula pada pukul 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang. Majlis sambutan
ini berjalan dengan lancar dan meriahnya dengan kehadiran para setiausaha dan
Ketua Jabatan. Pihak Jawatankuasa Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
para setiausaha diatas kesudian berkerjasama dalam menyediakan menu-menu untuk
majlis ini.Antara menu-menu yang disajikan adalah : Nasi Impit, Rendang, Laksa
Johor, Sate, Bihun Sup dan Roti Jala.
Berikut
disertakan senarai Ahli Jawatankusa yang telah bertungkus lumus bagi memastikan
majlis berjalan lancar :
Pengarah Program
- Pn. Rabiatul Suria Badaruddin
Bendahari - Pn. Rokiah Nawi
AJK
Jemputan - Cik Normala Abdullah
AJK
Jamuan - Pn. Roslina
Hamzah & Pn. Siti Rahayu Samian
AJK Sambutan - Semua ahli KSU
AJK Kebersihan -
Pn.Nor Alizawati Ishak & Cik Nur Naimah Zolkifli
Jurufoto - Cik Nor Hasimah Razali & Cik
Nurul Ain Ramli
Antara Gambar-gambar yang diambil untuk tatapan
semua :)
Para setiausaha bersama Penaung KSU , Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM
|
Para Ketua Jabatan
yang hadir memeriahkan majlis
|
Para setiausaha
bersama Penasihat Kelab, Y.Bhg. Encik Muhammad Haizuan
|
Menu
jamuan
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan