"FIRST CLASS SECRETARY CAN MAKE AN AVERAGE MANAGER LOOK GOOD, BUT AN AVERAGE SECRETARY CAN MAKE A FIRST CLASS MANAGER LOOK AVERAGE"


Jumaat, 9 Mei 2014

Majlis Sambutan Hari Setiausaha USIM 2014.

Hari Setiausaha USIM 2014 telah disambut pada 30 April 2014 di The Everly Hotel, Putrajaya. Sambutan program pada tahun ini juga dibahagi kepada dua slot sepertimana sambutan pada tahun lepas.  Slot pertama di sebelah pagi ialah Sesi Perkongsian Ilmu untuk Para Setiausaha dan pada tengah harinya adalah Majlis Makan Tengahari bersama Ketua Jabatan.

Pada tahun ini, buat julung-julung kalinya,  untuk Sesi Perkongsian Ilmu, KSU menjemput dua ikon wanita hebat USIM.  Sesi Perkongsian Ilmu pada tahun ini dinamakan Program Bicara Srikandi: Istimewa bersama Ikon Wanita Tersohor USIM.




Ikon Wanita Tersohor USIM yang pertama adalah  Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM merangkap Penaung KSU. Tajuk Perkongsian Ilmu beliau adalah Membina Profesionalisme Setiausaha USIM: Peluang dan Cabaran.



Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM: "Anggaplah bekerja dan belajar sebagai ibadah untuk mempunyai internal benchmark yang tinggi."



Ikon Wanita USIM yang kedua adalah  Y. Brs. Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Pengarah, Pusat Permata Insan USIM yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Tajuk yang dikongsikan beliau dengan para Setiausaha ialah Warna-warni Setiausaha: Fantasi Impian dan Realiti.




Majlis kemudian diteruskan lagi dengan slot yang kedua iaitu Majlis Makan Tengahari bersama Ketua Jabatan. Para Setiausaha dan Ketua Jabatan dihidangkan dengan pelabagai menu masakan kampung dan majlis tesebut juga turut diselitkan dengan Acara Cabutan Bertuah dan Sesi Penyerahan Cenderhati dari Setiausaha kepada Ketua Jabatan.

Sebelum majlis bermula, semua Setiausaha menyambut Ketua Jabatan yang hadir.


Majlis dimulakan dengan Aluan Pengerusi Majlis, Aluan Pengerusi KSU dan Wakil Ketua Jabatan iaitu Encik Muhammad Haizuan Rozali


Sesi Cabutan bertuah dimana sesi ini tuah banyak berpihak kepada Ketua Jabatan.


Sesi Penyerahan Cenderhati dari Setiausaha kepada Ketua Jabatan



Majlis pada hari itu tamat pada pukul 2.00 petang dan diakhiri dengan Sesi Bergambar.



KSU mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ketua Jabatan atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Penyelaras dan Ahli Jawatankuasa majlis ini atas komitmen dan tenaga yang disumbangkan. Semoga kerjasama dan majlis seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Taniah di atas kejayaan penganjuran Majlis Sambutan Hari Setiausaha USIM 2014. Semoga semua kakitangan setiausaha USIM dapat berkhidmat dan menjalankan tugas dengan cemerlang. Untuk mendapatkan tips dan panduan peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam, sila layari http://tipsujianspa.com/.