Alhamdulillah, setelah KSU berjaya mengadakan Kem Kendiri Siri 1, 2 dan 3, iltizam terus ditanamkan untuk menjadikan program ini sebagai program yang berterusan. Sehubungan dengan itu, Kem Kendiri Siri Keempat dilaksanakan dengan menekankan aspek yang dapat membantu mempertingkatkan profesionalisme dari pelbagai sudut dan memperkasa “soft power” dalam kalangan kumpulan pelaksana.
Program pada hari pertama dimulakan dengan Ceramah daripada Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM. Tajuk ceramah adalah Integrasi Soft Power dalam Pekerjaan bagi Membina Profesionalisme.
Ceramah yang kedua, Komunikasi Memikat Majikan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan) daripada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM.
Program hari pertama juga diserikan dengan Sesi Taaruf serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh Fasilitator iaitu Puan Dina Imam Supaat, Pensyarah daripada Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM. LDK hari pertama bertajuk Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya mengajak peserta mengenali potensi Diri Sendiri.
Pada hari kedua, perserta dihidangkan dengan ceramah yang mencuit hati yang bertajuk Cintai Kerjaya, Sayangi Keluarga daripada Dr. Mohd Faisol Ibrahim, Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah.
Program diteruskan lagi dengan LDK hari kedua iaitu Bagai Aur dengan Tebing. Pelbagai aktiviti dijalankan di mana melalui aktiviti tersebut mengajar peserta memupuk budaya kerja berpasukan dan semangat bekerjasama.
KSU mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua Peserta, Penceramah dan Fasilitator kerana menjayakan program ini. Semoga matlamat pelaksanaan program ini iaitu untuk membantu melaksanakan transformasi secara lebih menyeluruh di semua peringkat, membantu warga USIM memastikan perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya secara lebih efisien dan efektif serta membantu perubahan budaya kerja yang drastik dan berbeza daripada budaya kerja sebelum ini dapat diterapkan dalam semua peserta program.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan