Perkara-perkara di bawah adalah sangat dituntut kepada umat Islam seluruhnya
apatah lagi di waktu mana kita sedang mengerjakan ibadat puasa, antara
tuntutan itu ialah:
* Menanamkan rasa penuh harap, segala amalan kita mudah-mudahan
diterima baik oleh Allah.
* Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan sahur.
* Mengelakkan diri apa-apa sahaja yang boleh membatalkan puasa.
* Mengurangkan tidur di siang hari.
* Hendaklah kita selalu mengingatkan bencana dan balasan Allah di akhirat.
* Menjauhkan diri dari mengumpat, mencerca, mencela, mencaci, maki hamun,
berbohong serta mencarut dan apa-apa sahaja perkataan yang kotor dan
berbau busuk dan hina didengar telinga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan