"FIRST CLASS SECRETARY CAN MAKE AN AVERAGE MANAGER LOOK GOOD, BUT AN AVERAGE SECRETARY CAN MAKE A FIRST CLASS MANAGER LOOK AVERAGE"


Jumaat, 5 Ogos 2011

FADHILAT & KELEBIHAN BERPUASA RAMADHAN

• Pintu langit dibuka.
• Pintu-pintu syurga dibuka.
• Bulan yang penuh keberkatan.
• Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.
• Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu.
• Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda.
• Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga.
• Bulan menambah rezeki.
• Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa ketika
sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam.
• 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan
adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan
dari api neraka.

Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berzikir kepada
Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang
memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat
berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat,
serta dalam shalat, istighfar, dan bertaubat kepada Allah. Lidahpun
seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah
dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan
keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama
hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir batin, serta sabar menghadapi
segala macam kesulitan hidup. (ulama)

Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

Tiada ulasan: