"FIRST CLASS SECRETARY CAN MAKE AN AVERAGE MANAGER LOOK GOOD, BUT AN AVERAGE SECRETARY CAN MAKE A FIRST CLASS MANAGER LOOK AVERAGE"


Jumaat, 3 Mei 2013

Secretarial Best Practises USIM sempena Sambutan Hari Setiausaha USIM 2013

                      
Sambutan hari setiausaha di Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) pada tahun ini memberikan kelainan apabila KSU mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi perkongsian untuk semua setiausaha di USIM iaitu ‘Secretarial Best Practises yang telah diadakan pada 24 April 2013 di Seri Perdana 3, Hotel Pullman Putrajaya. 

Kursus pendek ini , yang juga cetusan rasa Penasihat Kelab Setiausaha USIM ( KSU ) iaitu En. Muhammad Haizuan telah disampaikan oleh empat orang setiausaha yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kesetiausahaan di USIM.  Sesi Pengkonsian ini bagi membolehkan idea, kepakaran dan pengalaman bidang kerja setiap setiausaha dapat dikongsi dan dijadikan contoh kepada rakan sekerja lain. Pengkongsian ini juga diharap dapat menambah baik dalam prestasi kerja sesama setiausaha.

 Antara tajuk- tajuk perbentangan tersebut ialah : 

Slot 1 - Pengurusan Diari
  Puan Rodhiyah Ali
( Setiausaha Pejabat Naib Canselor )



Slot 2 – Pengurusan Fail
 Puan Nor Azilawati Ishak
( Setiausaha Pejabat Pendaftar )

Slot 3 – Pelaksanaan Penyampaian Arahan Oleh Ketua Jabatan dan     Tindakan Susulan 
 Puan Roslina Hamzah
( Setiausaha Pejabat Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti)

Slot 4 – Pengurusan Surat Masuk dan Surat Keluar
 Puan Zuraidah Mohd Salleh
( Setiausaha Pejabat Dekan Fakulti Sains dan Teknologi )



Sesi Secterial Best Practices dimulakan dengan ucapan aluan oleh Penasihat KSU , En. Muhammad Haizuan

Para setiausaha menyampaikan pembentangan









Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua setiausaha yang telah menjayakan sesi perkongsian ini.

Tiada ulasan: