Sambutan
Hari Setiausaha USIM diteruskan lagi dengan Majlis Makan Tengahari diantara
setiap ketua Jabatan di USIM dan juga semua setiausaha yang diraikan. Majlis
Makan Tengahari yang diadakan pada 24 April 2013 di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside turut dihadiri oleh Penaung Kelab
Setiausaha USIM ( KSU ) yang juga Naib Canselor USIM iaitu Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail.
Majlis
yang bermula pada pukul 12.30 tengahari ini dimeriahkan lagi dengan paparan
slaids aktiviti KSU sepanjang penggal yang lepas dan juga cabutan bertuah untuk
semua yang hadir. Majlis Makan Tengahari ini bertambah meriah apabila dikejutkan
dengan pemberian hadiah daripada setiap setiausaha kepada Ketua Jabatan
masing-masing sebagai tanda penghargaan diatas kesudiaan mereka menaja Majlis
Makan Tengahari tersebut. Sebagai penutup majlis Pengerusi KSU Pn Roslina Ahmad
bersama-sama Penaung KSU , Encik Muhammad Haizuan telah menyampaikan
cenderamata kenangan kepada Naib Canselor USIM . Majlis Berakhir pada jam 2.30
petang.
Ucapan daripada TNC
( Penyelidikan dan Inovasi ) mewakili Naib Canselor USIM
|
Para Setiausaha yang
diraikan
|
Ketua Jabatan
dan Dekan Fakulti yang hadir
|
Turut hadir
memeriahkan majlis Pengerusi LPU , TNC ( Penyelidikan dan Inovasi ) dan Naib
Canselor USIM
|
Para setiausaha menyampaikan hadiah kepada ketua jabatan masing –
masing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan